Thursday, 27 August 2009

Lagi Produk Pelancong Baru Wujud Di Melaka




Menerusi Kerjasama BPP & Seafarer Explorer
Lagi Produk Pelancong Baru Wujud Di Melaka

BANDARAYA MELAKA, 26 Ogos - Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri Melaka akan mengadakan kerjasama dengan Seafarer Boat Explorer Sdn Bhd untuk mempromosikan Melaka menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Melaka.

Promosi tersebut adalah dengan mengadakan pakej untuk pengunjung menaiki bot Seafarer Explorer Cruise melihat keindahan beberapa kawasan di sekitar pantai di negeri Melaka.

Pakej itu melibatkan Menara Taming Sari (MTS) yang dijadikan sebagai pusat mempromosikan produk pelancongan tersebut dengan menjual tiket-tiket kepada para pengunjung yang menaiki crusie itu.

Selain membwa pelancong bersiar-siar di Pulau Upeh, Sungai Melaka, Eye On Malaysia (EOM) dan Masjid Terapung iaitu Masjid Selat, pelancong juga akan dapat menikmati makanan di dalam bot berkenaan yang juga termasuk di dalam pakej tersebut.

Ianya merupakan satu lagi produk pelancongan terbaru yang kini dalam perancangan mengikut "1 Stok Centre", di mana produk pelancongan itu menelan modal lebih RM1/2 juta.

Lebih hebat lagi apabila pakej berkenaan melibatkan semua agensi berkaitan pelancongan dapat bersatu dan ini secara langsung akan meningkatkan ekonomi pelancongan di negeri yang kaya dengan sejarah ini.

Pengarah Urusan Seafarer Boat Explorer, Mike Thien berkata, cruise tersebut bukan sahaja membawa pelancong pada waktu siang hari, malah turut dibawa bersiar pada waktu malam.

Katanya, pakej tersebut adalah untuk tingkatkan kemasukan pelancong yang menjadi salah satu agenda utama kerajaan negeri bagi mempromosikan Melaka yang telah diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia (BWD) oleh UNESCO pada 7 Julai tahun lalu.

"Hasrat mewujudkan pakej pelancongan ini bukan satu perkara baru, tapi sudah lama dikehendaki oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Jadi, saya berazam untuk memenuhi hasrat Ketua Menteri dan saya sahut cabarannya, "Malaysia boleh, Melaka lagi boleh", sekaligus merealisasikan konsep Perdana Menteri iaitu "1Malaysia".

Mike berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media ketika mengadakan majlis berbuka puasa di Restoran Seafarer di Klebang, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan negeri, Nazary Ahmad bersama para pegawai dan kakitangannya; Ketua Pengarang Eksekutif Melaka Hari Ini (MHI), Ishak Dalib; Priseden Kelab Media Massa (KEMM), Mohd Rafi Bacikdan para jemputan lain.

Buat masa ini katanya, sebanyak tiga cruise telah digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar dan ianya telah menunjukkan perkembangan positif, di mana pelbagai pihak mahukan cruise-criuse itu ditambah lebih banyak lagi.

"Sekarang ini, bot bersiar pada waktu malam dinamakan "Moonlighting", waktu siang"Island Hopping" dan "Safari Cruise".

"Safari Cruise juga akan membawa pelancong dari Klebang hingga ke Sungai Linggi dan kesemua perjalanan akan memakan masa selama 45 minit termasuk menyediakan pakej makanan di dalam cruise terbabit," katanya.

Jelas Mike, kini pihaknya sedang mengadakan promosi bagi para pengunjung menaiki cruise terbabit dengan bayaran RM55 setiap seorang dalam tempoh masa tiga bulan mulai dari sekarang.

"Pada masa sekarang ini juga kami juga sedang membina sebuah cruise berukuran 60 kaki untuk muatan 60 penumpang untuk tujuan yang sama," ujar Mike.

Beliau memberitahu, pihaknya juga dalam perancangan untuk menambah crusie-cruise iaitu menjadikan kesemuanya 10 buah.

Ujar Mike, kesemua cruise itu tidak sama seperti bot-bot lain terdapat di negeri ini kerana crusie-cruise tersebut boleh mengharungi lautan.

"Dengan adanya cruise-cruise itu nanti ianya akan menggunakan pemandu pelancong (tour operater") terdiri daripada para nelayan yang mahir tentang laut.

"Ini secara tidak langsung akan membantu para nelayan yang telah berhenti menangkap ikan di laut untuk mendapatkan pendapatan sampingan mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mike turut meminta pihak pengurusan Bas Panorama yang membawa pelancong supaya mengadakan perjalannya hingga ke Pantai Kundur, di sini, untuk tujuan promosikan sekitar pantai di kawasan itu.

"Dengan berbuat demikian secara tidak langsung akan meningkatkan perniagaan di kawasan berkenaan, selain pelancong dapat menikmati makanan laut di deretan gerai terdapat di situ," katanya.

No comments:

Post a Comment