Wednesday, 24 February 2010
PERHATIAN!!!
Untuk maklumat dan perhatian semua kami telah berpindah di:
http://www.jafmanurin.com
Wednesday, 17 February 2010
Melaka tuan rumah Festival Filem Muslim Malaysia 2010
Festival yang akan diadakan pada 28 Oktober ini mempersembahkan filem-filem dari negara Islam bagi mempergiatkan program dakwah berbentuk islamiah.
Presiden MFFM, Abdul Wahab Badaruzzaman berkata, pemilihan Melaka sebagai tuan rumah dibuat berdasarkan kedudukan yang strategik, selain mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.
Menurutnya, ia bertepatan dengan usaha MFFM dalam menjalin hubungan sedia ada antara negara terlibat sejak 600 tahun selain kedudukannya sebagai bandar raya berkembar, kesaksamaan ekonomi, seni dan agama Islam.
"Sejarah negeri ini sudah cukup menggambarkan pemilihan Melaka sebagai tuan rumah pertama penganjuran MFFM adalah tepat sekali.
''Selain itu, penganjuran ini dapat meningkatkan jumlah pelancong ke Melaka memandangkan festival ini diadakan secara besar-besaran melibatkan kos kira-kira RM13 juta," katanya pada sidang akhbar pra pelancaran MFFM 2010 di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan pengasas penganjur MFFM, Kolej Antarabangsa Orange (OIC) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr. Yahya Ibrahim.
Turut diadakan ialah majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) MFFM 2010 antara pihak penganjur dengan lima agensi yang membantu mempromosikan penganjuran program tersebut.
Selain itu, kata Abdul Wahab, lebih 20 buah negara Islam bergabung idea bagi melahirkan semula semangat kegemilangan dakwah Islamiah melalui teknologi media dan filem dari negara masing-masing.
Katanya, antara negara yang terlibat adalah Uzbekistan, Iran, Sudan, Iraq, Pakistan, Indonesia dan Brunei Darussalam.
Beliau memberitahu, MFFM tahun ini turut menyaksikan penyertaan kumpulan generasi muda Muslim dari seluruh dunia melalui penulisan skrip berteraskan teknologi terkini tanpa melanggar hukum syarak.
"Festival ini adalah cetusan idea daripada Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang mahukan pengisian ruang kosong dalam industri perfileman negara di bawah slogan Muslim Untuk Semua.
"MFFM dijangka menjadi batu loncatan dan anjakan paradigma untuk menolak imej negatif Islam seperti mana berlaku di Amerika Syarikat dan Rusia," katanya.
MFFM juga bakal mewujudkan lembaran baru bagi negara Islam khususnya dari negara Asia Barat, Asia dan Nusantara.
"Secara tidak langsung, negara kita akan dikenali sebagai negara Islam yang sentiasa membina hubungan silaturahim dengan negara seluruh dunia," katanya.
Sementara itu, Mohd. Ali berkata, negeri ini bakal menjadi tumpuan masyarakat dunia kerana berjaya mengetengahkan pelbagai program dakwah filem Muslim.
Tuesday, 12 January 2010
Terima kasih tetamu 2009...
Kepada tetamu kami sepanjang 2009 kami amat-amat menghargainya kerana tanpa anda semua mungkin Jafmanurin's Homestay tidak ada seperti hari ini.
Jafmanurin's Homestay bermula dengan sebuah apartment sahaja tetapi dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh tetamu kami, Jafmanurin's Homestay terus mengorak langkah dengan menambah bilangan apartment sehingga kini menjadi lima kesemuanya.
Kepada tetamu kami yang tidak sempat untuk disenaraikan disini kami memohon maaf dan sentiasa mengingati kehadiran kamu semua ke homestay kami.
Disini kami paparkan beberapa komen dari tetamu kami.
"thankz to en.jafri...kami semua selesa dgn homestay yg disediakan..kalau ade rezeki kt berjumpe lagi..(shahrulnizam JAyBee Riders)"
Putra Al-Maliki Tahniah kepade Jaf manurin's Homestay juge kerana telah menjadi pilihan bekas warga utem untuk menginap.. hehe..
Suriyani Says:
December 7, 2009 at 4:46 am
Terima kasih kepada pengurusan Jafmanurin’s Homestay atas layanan yang diberikan kepada kami sekeluarga. Homestay yang menarik, selesa dan lengkap dengan segala kemudahan (seperti berada dirumah sendiri) dengan harga yang sangat berpatutan. Lokasi yang sangat strategik memudahkan kami untuk mencari barang-barang keperluan serta membeli-belah disekitar kawasan MITC serta melawat tempat-tempat menarik di Bandar Melaka. Bagi mereka yang masih tercari-cari penginapan di Melaka, saya syorkan anda untuk menginap di Homestay ini. Tahniah dan syabas untuk En.Jafri dan Pn.Nora. Semoga pengusahaan homestay anda akan berkembang maju dan dikenali ramai.
S'wak Gurzl Says:April 4, 2009 at 2:20 pm
Satu lokasi yang sangat strategik seiring dengan pembangunan Negeri melaka. Di harap suatu hari nanti homestay En.Jafri ini akan berkembang hingga ke seluruh pelusuk negeri.Next time mungkin org seberang akan bertandang hehehe….good luck
fadli Says:
March 8, 2009 at 11:38 pm
memang berbaloi….
rumah yang kemas dan bersih,dekat dengan zoo…dan lain-lain tempat menarik.Maideen yang belum bukak pun dekat dengan rumah ni.Nak pergi umbai makan ikan bakar pun dekat.dapek pulak presen cucoq menderam mak mentuo jafri….sodap.
June 29, 2009 at 11:17 am
Terima kasih di atas layanan En.Jafri ketika singgah semalam di Sana..Keadaan rumah yang selesa dan menarik.
deni Says:March 8, 2009 at 3:14 am
satu percutian of the year bagi kami sekeluarga,tambah lagi kami dapat bertemu dgn tokey homestay yang baiiikkk bangat…sangat terharu dan berbangga menjadi rakyat malaysia dengan berjumpa dgn org seperti en jafri….insyaAllah ada umur yang panjang kite bertemu kembaliiii….
ulau melingkau di atas pagau
pagau di buat dari besi
dah puas kami melilau
berjumpo di homestay yang best sekali…
terima kasih juga dari DENI sekeluarga atas kerjasama tuan.
Sila klik untuk lihat komen tetamu.
- terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu yang pernah menginap di Jafmanurin's Homestay Insyaallah kami akan cuba perbaiki apa yang kurang di 2010
Saturday, 2 January 2010
Hang Tuah Jaya bandar pintar...
utusanmelaka@utusan.com.my
![]() |
| Mohd. Khalil Yaakob meletakkan keris pada logo Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagai simbolik pelancaran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, semalam. |
MELAKA 1 Jan. - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan menjadi bandar raya pintar dari segi pentadbiran, perkhidmatan dan perekonomian.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, MPHTJ bukan sahaja akan menjadi pusat pentadbiran baru kerajaan negeri tetapi juga tempat belajar, penempatan dan rekreasi seiring gagasan 1Malaysia.
Menurutnya, MPHTJ juga akan dijadikan sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) berintegriti dan dinamik yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
''Kerajaan negeri optimis MPHTJ dapat dibangunkan sebagai pusat pentadbiran baru negeri Melaka yang serba moden dengan mengutamakan keselesaan kepada pengguna.
''Selain itu, ia juga akan dijadikan sebagai pusat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan multimedia secara bersepadu di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit.
MPHTJ menjadi majlis perbandaran keempat diwujudkan di negeri ini selepas Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Perisytiharan itu, menjadikan MPHTJ sebagai PBT yang ke-147 diwujudkan di negara ini.
MPHTJ yang mempunyai keluasan 14.293 hektar itu meliputi 24 peratus kawasan daerah Alor Gajah, 36 peratus kawasan daerah Jasin dan 40 peratus kawasan daerah Melaka Tengah, kini didiami kira-kira 114,732 penduduk.
Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri telah menggariskan enam strategi mantap ke arah menjadikan MPHTJ sebagai bandar mampan.
Strategi tersebut katanya ialah pembentukan pusat pentadbiran pintar, pembangunan ekonomi dan tarikan pelabur, pembentukan imej dan identiti, peningkatan tahap dan kualiti hidup, kawasan rekreasi tarikan pelancong dan pengukuhan urus tadbir pembangunan Hang Tuah Jaya.
''Dengan enam strategi tersebut, Hang Tuah Jaya diharap terus membangun sebagai sebuah pusat pentadbiran ultra moden dan menjadi contoh kepada bandar-bandar lain di Malaysia," katanya.
Katanya, lebih penting Hang Tuah Jaya akan menjadi pusat pentadbiran setanding di Putrajaya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri turut mempelawa semua pelabur dan peniaga untuk membuat pelaburan di Hang Tuah Jaya kerana mereka akan ditawarkan dengan pelbagai pakej menarik.
Di samping itu katanya, Hang Tuah Jaya juga akan dibangunkan sebagai zon kediaman selesa yang dilengkapi dengan infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan bandar mampan.
- Jafmanurin's Homestay terletak di dalam kawasan Hang Tuah Jaya
Sunday, 29 November 2009
Menarik...
![]() |
| MELAKA Duck Tours sejenis kenderaan jenis amfibia yang mampu bergerak di darat dan air menjadi tumpuan orang ramai yang mengunjungi negeri Melaka sempena musim cuti sekolah. |
PRODUK pelancongan terbaru Melaka iaitu sejenis kenderaan jenis amfibia, yang mampu bergerak di darat dan air dikenali sebagai Melaka Duck Tours mencuri tumpuan para pengunjung di negeri ini.
Kesempatan pada musim cuti sekolah menambah peluang kepada mereka untuk mencuba produk pelancongan yang pertama ditawarkan di negara ini.
Melaka Duck Tours yang memulakan operasinya beberapa hari lalu membuka kaunter tiket bersebelahan Menara Taming Sari, Banda Hilir.
Dari situ, ia memulakan perjalanan sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut.
Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka dan naik semula ke darat berhampiran Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka.
Pengembaraan melalui jalan darat dan laut itu mengambil masa antara 45 hingga 60 minit bagi setiap perjalanan.
Harga tiket dikenakan bagi menaiki kenderaan bernilai RM2 juta itu yang diimport dari Singapura ialah RM38 seorang bagi dewasa manakala RM22 seorang bagi kanak-Monday, 16 November 2009
Tetamu dari Indonesia...

Selamat datang ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia dari kami Jafmanurin's Homestay ucapkan kepada Bapak-bapak dan Ibu-Ibu dari SMA Negeri 1 Gresik, Jawa Timur, Indonesia.
Kami sangat mengalu-alukan kedatangan kalian semua ke homestay kami.
Kehadiran mereka semua kerana mengikuti program "TEACHER EXCHANGE PROGRAM" TO SMK AYER KEROH MELAKA. dari 9-13/11/2009.
Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Salmah binti Abu Bakar kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan tempat penginapan sepanjang berlangsungnya program tersebut.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Bapak Nordin dan Bapak Edy Purwanto serta Ibu-Ibu kerana sudi menginap di homestay kami.
Harapan kami agar Bapak-Bapak dan Ibu-Ibu semua berpuashati dengan perkhidmatan yang kami sediakan dan menjadikan homestay kami tempat penginapan lagi apabila berkunjung ke Melaka.
"Ingat Melaka Ingat Jafmanurin's Homestay"
Monday, 9 November 2009
Kehadiran Tetamu Terus Bertambah...

Sempena Melaka Bike Festival yang berlangsung dari 6-8/11/2009 kehadiran tetamu ke Jafmanurin's Homestay terus bertambah sehingga pihak kami tidak dapat memenuhi semua permintaan untuk menginap di homestay kami. Walaubagaimanapun kami amat berbesar hati dapat menyediakan penginapan untuk "Jay Bee Riders". Terima kasih kami ucapkan kepada En.Shahrulnizam dan isteri kerana memberi kepercayaan kepada kami...
"Ingat Melaka Ingat Jafmanurin's Homestay"

