Wednesday 30 September 2009

Teksi Air Di Sungai Melaka Mula Beroperasi Dalam Masa Terdekat

BANDARAYA MELAKA, 29 Sept - 'Water Teksi' (Teksi Air) yang akan beroperasi di Sungai Melaka dalam masa terdekat dijangka mampu menarik kedatangan pelancong ke negeri Melaka.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perbadanan Pembangunan Sungai dan pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid, Teksi Air yang dibekalkan oleh Syarikat CB Limited yang berpengkalan di Mancester, United Kingdom dan merupakan pembekal utama di seluruh dunia ini mampu memuatkan 12 orang penumpang pada satu-satu masa.

"Apabila ianya mula beroperasi nanti, Teksi Air ini akan menjadi satu-satunya Teksi Air yang beroperasi di Asia Selatan selain di Afrika Selatan, New Zealand dan Hong Kong," katanya.

Jelasnya, Teksi Air tersebut merupakan aspirasi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam mempelbagaikan produk-produk pelancongan di negeri ini dan ianya akan diuruskan oleh PPSPM.

"Teksi Air yang berkuasa 150 kuasa kuda tersebut kini berstatus percubaan dan perlesenan dan ianya akan beroperasi dari Taman Rempah hingga ke Melaka Sentral, bagaimanapun harga untuk menaikinya masih belum ditetapkan," tambahnya.


No comments:

Post a Comment