Thursday 13 August 2009

WONDERLAND THEME PARK PRODUK BARU PELANCONGAN

Bakal Tarik 300,000 Pelawat Setahun
WONDERLAND THEME PARK PRODUK BARU PELANCONGAN

MUMBAI, 12 Ogos - Industri pelancongan negeri Melaka terus menempa kemajuan apabila sebuah lagi produk baru pelancongan negeri berasaskan rekreasi, Melaka iaitu Wonderland Theme Park yang sedang dalam pembinaan di Ayer Keroh, dijangka siap dan memulakan operasinya Disember depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, taman tema air itu bernilai kira-kira RM28 juta dimajukan sektor swasta dengan keluasan tapak 32 ekar, mampu menarik sekurang-kurangnya 300,000 pelancong baru setahun.

Menurutnya, Melaka Wonderland Theme Park mengandungi 28 produk permainan dan rekreasi air, mampu menampung sehingga 4,000 pengunjung pada suatu masa menjadi sekaligus menjadi pelengkap kepada industri pelancongan negeri yang semakin popular di peringkat global sekarang.

"Pada masa ini kerja-kerja penyiapan tapak taman itu sedang rancak dilaksanakan pemajunya, Agib Engineering manakala peralatan untuk tujuan itu sedang disiapkan oleh syarikat Arihant Industrial Corporation Limited di sini," katanya.

Mohd Ali berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai kemajuan projek itu yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Arihant Industrial Corporation Limited, Mangesh Taksale di kilang syarikat berkenaan di sini, hari ini.

Mohd Ali yang dalam rangka lawatan kerja lima hari ke India, termasuk Mumbai dan Hyderabad, mengunjungi kilang itu bagi melihat sendiri kerja-kerja penyiapan peralatan untuk taman tema itu yang dilaksanakan syarikat berkenaan.

Hadir sama, Pengarah Urusan syarikat, Rajen Shah.

Selain melawat kilang itu, Ketua Menteri turut melawat syarikat Reliance Industries Limited dan kilang Actics Biologics yang menghususkanbidang bioteknologi.

Hari ini (semalam) Ketua Menteri melawat syarikat Vivobio terletak di Hyderabad, kira-kira satu jam 15 minit penerbangan dari Mumbai sebelum berlepas pulang ke Melaka pada sebelah malamnya menerusi Chennai.

Delegasi Melaka turut dianggotai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md Yunos Hussin dan Timbalannya, AR Ismail Othman.

Mohd Ali berkata, beliau berpuas hati terhadap pencapaian projek taman tema itu dan yakin produk baru pelancongan negeri itu mampu menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia (BWD).

"Pendekatan pelancongan berasaskan rekreasi yang kita perkenalkan ini diharap dapat menarik kunjungan sekurang-kurangnya 300,000 pelancong setahun.

"Ia bukan sahaja menjadi kebanggaan dan kemudahan berekrasi kepada rakyat Melaka serta negeri-negeri jiran seperti Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kuala Lumpur serta juga negara jiran, Singapura, malah menarik lebih ramai pelancong daripada negara-negara luar," katanya.

Beliau berkata, kemunculan Melaka Wonderland Theme Park merupakan permulaan kepada produk pelancongan berasaskan taman tema di negeri ini, di mana lebih banyak lagi produk-produk pelancongan berasaskan rekreasi akan dibina di daerah Jasin, Alor Gajah serta juga di Pulau Besar bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri bersejarah itu.

Ketua Menteri berharap lebih banyak sektor swasta dapat tampil ke hadapan memajukan projek-projek seumpama kerana beliau melihat terdapat keyakinan baru di kalangan mereka yang menunjukkan minat untuk melabur dalam sektor pelancongan berasaskan rekreasi.

"Ingat Melaka Ingat Jafmanurin's Homestay"

- WONDERLAND THEME PARK terletak berhampiran dengan Jafmanurin's Homestay.

No comments:

Post a Comment