Sunday 12 April 2009

Biz Creations (M) Sdn Bhd...

Sepanjang bulan April ini berbagai aktiviti yang dijalankan di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia. Dengan adanya aktiviti tersebut membuatkan ramai pengunjung datang ke Negeri Melaka. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha penginapan seperti kami menambahkan lagi pendapatan. Ini terbukti dengan tambahan tetamu ke Jafmanurin'sHomestay sepanjang bulan ini.
Biz Creations (M) Sdn Bhd adalah diantara tetamu kami. Biz Creations melalui Project & Marketing Executive En.Norhisyam Abdul Razak telah bersetuju menginap di homestay kami setelah diperkenalkan Oleh En. Jaafar bin Hitam dari MARA. En.Norhisyam dan warga kerjanya menjadi tetamu kami kerana urusan kerja iaitu berkaitan "Karnival Pendidikan Mara" yang berlansung di Melaka Mall.

Sepanjang berada di Melaka dan menjadi tetamu kami, harapan kami agar En.Norhisyam dan warga kerjanya berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan di lain kali...

- Biz Creations (M) Sdn Bhd adalah tetamu kami dari 09-12/04/2009

No comments:

Post a Comment