Saturday 21 March 2009

Melaka River Cruise tawar hadiah bernilai RM10,000

melaka-river-cruise

MELAKA 11 Mac - Pengunjung yang menaiki bot Melaka River Cruise menyusuri Sungai Melaka berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM10,000 yang ditawarkan menerusi cabutan bertuah. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PSPM), Baharom Majid berkata, antara hadiah yang ditawarkan ialah penginapan hotel, barangan elektrik dan tiket percuma melawat tempat-tempat pelancongan di negeri ini. Menurut beliau, cabutan bertuah itu bertujuan menarik lebih ramai pengunjung menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise. Beliau berkata, cabutan bertuah itu akan dilakukan untuk bulan April, Ogos dan Disember. "Syarat-syaratnya cukup mudah kerana ia terbuka kepada semua pengunjung yang menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise. Dengan memiliki tiket mereka boleh mendapatkan borang untuk cabutan bertuah yang akan dilakukan di dalam bot. ''Setiap pengunjung boleh menyertai pertandingan ini seberapa banyak yang mereka inginkan tetapi perlu disertakan tiket Melaka River Cruise," katanya di sini hari ini. Menurut beliau, sejak 4 Mac lalu pihaknya telah menerima banyak borang penyertaan bagi cabutan bulan April. Katanya, pengunjung yang ingin menyertai cabutan itu hanya perlu melengkapkan borang yang disediakan termasuk menyertakan tiket Melaka River Cruise bagi melayakkan mereka memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

Jom datanglah ke Melaka dan jangan lupa menginap di Jafmanurin's Homestay.

No comments:

Post a Comment